26 December 2010

HARI KELEPASAN AM NEGERI TERENGGANU 2011

TARIKH-TARIKH YANG TERSEBUT DI BAWAH IALAH HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN BAGI TAHUN 2011

BIL KELEPASAN
HARI TARIKH
1 Tahun Baru Cina
(Persekutuan dan Negeri)

Khamis & Jumaat 3 & 4 Feb 2011
2 Hari Keputeraan Nabi
Muhammad S.A.W.
(Persekutuan)

Selasa

15 Feb 2011

3 Hari Ulangtahun Pertabalan
Kebawah D.Y.M.M. Sultan
Terengganu (Negeri)

Jumaat 4 Mac 2011
4 Hari Pekerja (Persekutuan)
Ahad 1 Mei 2011
5 Hari Wesak (Persekutuan)
Selasa 17 Mei 2011
6 Hari Keputeraan Seri
Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong (Persekutuan)

Sabtu 4 Jun 2011
7 Hari Kelepasan Am Negeri
Ahad 5 Jun 2011
8 Hari Keputeraan Kebawah
D.Y.M.M. Sultan Terengganu (Negeri)

Rabu 20 Julai 2011
9 Hari Nuzul Quran (Negeri)*
Rabu 17 Ogos 2011
10 Hari Raya Puasa
(Persekutuan) *

Selasa & Rabu 30 &31 Ogos 2011
11 Hari Kebangsaan
(Persekutuan)

Rabu 31 Ogos 2011
12 Hari Kelepasan Am Negeri
Khamis 1 Sept 2011
13 Hari Malaysia
(Persekutuan)

Jumaat 16 Sept 2011
14 Hari Deepavali
(Persekutuan) *

Rabu 26 Okt 2011
15 Hari Raya Haji
(Persekutuan)*

Ahad & Isnin 6 & 7 Nov 2011
16 Awal Muharam
(Persekutuan)

Ahad 27 Nov 2011
17 Hari Krismas
(Persekutuan)

Ahad 25 Dis 2011

























PERINGATAN

Jika apa-apa hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Jumaat, maka hari itu tidak diganti pada hari yang berikutnya.

* Tertakluk Kepada Perubahan

Read More ..

10 November 2010

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 (2010 ) SKSK

ASSALAMUALAIKUM

  • Cikgu percaya, kamu semua berdebar menunggu keputusan UPSR
  • Apapun keputusan, terima dengan hati terbuka dan berlapang dada.
  • UPSR adalah langkah pertama anda untuk menuju ke Menara Gading
  • Tidak cemerlang UPSR tidak berarti anda akan tidak cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan berikutnya dan juga sebaliknya. Malah bangun setelah jatuh itu lebih manis dan bererti kita hanya mampu merancang berusaha dan berdoa , Allah yang menentukan hasilnya.

( Guru Penolong Kanan 1 )

Read More ..

09 October 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKSK

07 - 09 Oktober 2010 ( Khamis - Sabtu ) : Seperti pada tahun-tahun yang lalu, perkhemahan unit beruniform diadakan. Akan tetapi pada tahun ini ianya diadakan pada penghujung tahun.

Read More ..

30 September 2010

SAMBUTAN MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN MAJLIS HARI RAYA TAHUN 2010

Khamis, 30 September 2010 - Dewan Gemilang SKSK sekali lagi dimeriahkan dengan Sambutan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan juga Majlis Hari Raya bagi tahun 2010. Sambutan ini bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Hilman bin Muda. Seterusnya nyanyian 3 buah lagi iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dan juga lagu Jalur Gemilang setelah selesai ucapan Tuan Guru Besar. Sesi seterusnya ialah ceramah kemerdekaan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Penerangan Daerah Kemaman.

Read More ..

23 September 2010

UPSR 2010

"SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR 2010 (UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH) KEPADA SEMUA CALON-CALON DI SELURUH MALAYSIA" SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG... KEPADA CALON SK SERI KEMAMAN, GURU-GURU SETULUS HATI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA..
"
FAIZA A'ZAMTA FATAWAKAL 'ALALLAH INNALLAHA YUHIBBUL 'ALA MUTAWAKILIIN........

Read More ..

07 September 2010

30 August 2010

PROGRAM IHYA RAMADHAN SKSK

ISNIN, 30 OGOS 2010 - Pada tahun ini SKSK membuat perubahan dalam menghidupkan bulan ramadhan yang mulia ini. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas iaitu Majlis Berbuka Puasa. Tahun ini, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama kelab guru sksk telah melaksanakan program gotong royong memasak bubur lambuk. Pada hari ini juga, diadakan juga program dan pengisian bagi murid-murid iaitu pertandingan mewarna kad selamat hari raya, tadarrus Al-Quran beramai-ramai, pembahagian baju dan duit raya bagi murid-murid yatim dan miskin dan akhir sekali pembahagian bubur lambuk kepada semua murid. Program ini bermula selepas waktu rehat. Diharap pada tahun akan datang banyak lagi program yang akan dilaksanakan untuk menghidupkan bulan ramadhan yang mulia ini...

Read More ..

29 August 2010

20 July 2010

Cherating Bay

19 & 20 julai 2010

Read More ..

18 July 2010

Majlis Sambutan Israk Mikraj


Ahad, 18 Julai 2010 - Panitia Pendidkan Islam telah menganjurkan satu majlis sambutan sempena memperingati peristiwa Israk Mikraj yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W .
Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10 pagi dengan sesi ceramah dan kuiz. Ceramah telah disampaikan oleh Pendakwah bebas / motivasi iaitu Ustaz Zulkifli bin Ahmad.

Read More ..

11 July 2010

Minggu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Minggu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ini bermula dari hari ini, 11 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010.

Read More ..

Peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W...
diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. § Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah)..

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi
oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam
syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Antara peristiwa Israk Mikraj yang popular di sampaikan oleh penceramah Rasullulah dibawa melihat syurga, neraka ketika Israk Mikraj DALAM perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan keadaan di syurga dan neraka. Rasulullah ketika memasuki syurga dengan diiringi Jibril, melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.
Sesungguhnya syurga itu ada lapan jenis. Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kubah lu'lu' yang ternganga dan Baginda terlihat pada pintu syurga tertulis ayat berbunyi: "Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda."
Rasulullah hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, lantas Baginda pun bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu. Kata Jibril: "Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."
Kemudian Rasulullah berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta.
Rasulullah terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu`lu' yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah. Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah dari
syurga itu.
Nabi Muhammad kemudian diperlihatkan keadaan neraka. Dalamnya ada ghadaballah (kemarahan Allah) terhadap musuh-Nya dan yang ingkar perintah-Nya. Jika dijatuhkan batu atau besi ke dalam neraka itu, nescaya hancur lebur ia dalamnya. Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya Baginda kepada Jibril: "Siapa ini, wahai Jibril?"
Jawab Jibril: "Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat."
Baginda juga dapat melihat malaikat Malik penjaga pintu neraka, lalu ia memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab salam Malik. Malik ialah malaikat yang boleh diketahui kemarahannya menerusi mukanya yang sangat masam. Sesungguhnya neraka itu terletak di bawah tujuh petala bumi. Ia mempunyai tujuh jenis, iaitu:

· Neraka Jahannam.
· Neraka Lazha.
· Neraka Khutamah.
· Neraka Saeir.
· Neraka Saqar.
· Neraka Jahim.
· Neraka Hawiyah.

Rasulullah kemudian diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan. Jibril tertinggal, lalu Rasulullah berhenti menunggu. Di sini Jibril pun memasukkan Baginda ke dalam nur sambil berkata: "Engkau dan Tuhan engkau saja." Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda kepada Jibril bermaksud: "Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?"
Berkata Jibril: "Inilah saja tempatku, jika aku melintasi kawasan ini nescaya terbakar
aku dengan nur."
Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy. Bertanya Rasulullah: "Siapa ini? Adakah malaikat?"
"Tidak," jawab lelaki itu.
"Adakah nabi?" soal Rasulullah lagi.
"Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku."

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya. Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Wallahua'lam..

Read More ..

04 July 2010

04 June 2010

AHLAN WASAHLAN

Selamat datang diucapkan kepada 3 orang guru yang akan mula berkhidmat di SKSK menjelang semesta kedua nanti. Semoga kedatangan mereka nanti akan memantapkan lagi SKSK dalam mencapai VISI sekolah yang akan berakhir pada tahun ini. Mereka ialah :

1- NOR ASIAH BINTI IBRAHIM@OMAR dari SK PARIT BILAL, BATU PAHAT, JOHOR.

2-ROSLINA BINTI EMBONG dari SK BUKIT SETONGKOL, KUANTAN, PAHANG.

3-MOHD AZMI BIN NGAH dari SK PULAU REDANG, KUALA TERENGGANU.

Read More ..

TAHNIAH!!!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon UPSR 2010 kerana mendapat pencapaian yang amat baik dalam OTI2 yang berlangsung baru-baru ini berbanding dengan pencapaian dalam OTI1 dahulu. Tidak lupa juga kepada guru-guru khususnya guru tahun 6 dan jawatankuasa UPSR2010 diatas pencapaian anak didik mereka.

TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK UPSR YANG AKAN DATANG.
BITTAUFIK WANNAJAH...

Read More ..

16 May 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU.

Adakalanya.... kita dicaci, kita dimusuhi, kita dimarahi, kita tidak dihargai....
Tapi...kita kan tetap tersenyum... walaupun dalam pilu... kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun terkadang hati tercalar dan maruah tercabar...

Read More ..

14 May 2010

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Read More ..

11 May 2010

WANITA DAN PERINGATAN

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bus ni dah mampus agaknya."

Perkataan 'mampus' itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.

Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi? Wa iya zubillah.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).'

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.

Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

a. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

b. Memberi salam.

c. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW.

Read More ..

06 May 2010

SEMOGA BERTEMU KEMBALI...

PUAN ZAINI BINTI MAT NOR, itulah nama Guru Besar SKSK selama 7 tahun sehinggalah hari terakhirnya di SKSK pada hari ini (6 May 2010 ).
Beliau akan bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Kemaman setelah beliau pulang dari Australia nanti. Banyak kenangan pahit manis selama 7 tahun beliau berada di SKSK...

Read More ..

04 May 2010

PERMATA PINTAR

Kepada semua students sk seri kemaman tahun 2 hingga tahun 6 yang ada komputer dan internet kat umah, sila layari laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my. sila daftar no surat beranak dan isi semua maklumat diri dan ibu bapa dan juga sekolah...berikut maklumat sekolah:

NAMA SEKOLAH : SK SERI KEMAMAN
ALAMAT SEKOLAH : SK SERI KEMAMAN, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU
KOD SEKOLAH : TBA 2041

harap maklumkan kepada ibu bapa anda...sekian..harap maklum..

Read More ..

AKTIVITI TERDEKAT

6,7 & 8 Mei 2010 - KEM MOTIVASI ANGGUN BESTARI 2010

15 Mei 2010 - GOTONG ROYONG

16 Mei 2010 - SAMBUTAN HARI GURU 2010

23 Mei 2010 - PEPERIKSAAN OTI 2

Read More ..

03 May 2010

ADAB MENDENGAR AZAN

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :
'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan -
Banyak fadhilatnya.

Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut
menghampiri kami..Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Read More ..

MAGIC...?


ISNIN , 3 MAY 2010 - Hari ini SKSK dikunjungi oleh 2 orang yang ingin mempromosikan buku-buku mereka dengan melakonkan semula cerita tersebut di Dewan SKSK. Ianya bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi

Read More ..

25 April 2010

MAKNA ( Majlis Kanser Nasional )


AHAD, 25 APRIL 2010 - MAKNA telah mengadakan pameran di SKSK. Bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari.






About MAKNA :

MAKNA (Majlis Kanser Nasional or the National Cancer Council) is a not-for-profit social enterprise mainly tasked to pool and utilise every effort, expertise and financial aid from every faction of society, and to fight cancer and reduce the related pain, suffering and morbidity that cancer patients and their families often experience.

MAKNA registered under the Register of Societies on 10th November 1994 and officially launched on 30th March 1995. MAKNA was founded by Dato’Mohd Farid Ariffin.

Read More ..

BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN


Setelah sekian lama bertukus lumus melatih murid-murid di padang SKSK, akhirnya tercapai juga cita-cita untuk melihat pasukan bolasepak SKSK mara ke Peringkat Kebangsaan setelah mengalahkan pasukan dari Dungun di Peringkat Negeri. Tahniah diucapkan kepada jurulatih bolasepak SKSK Cikgu Zaizu @ Zulkifli bin Awang dan tahniah juga kepada pasukan bolasepak 12 tahun yang telah mengharumkan nama SKSK di Peringkat Negeri

Read More ..

24 April 2010

MAJLIS TEMU MURNI IBUBAPA DAN GURU

SABTU,24 April 2010 - Majlis temu murni antara ibubapa murid dan guru SKSK.

Read More ..

26 February 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 2010

JUMAAT. 26 FEBRUARI- kem bestari solat telah diadakan bagi pelajar dari tahun 1 dan 2 sksk. Kem ini dihadiri oleh 5 orang guru j-QAF dan 3 orang GPI yang bertugas sebagai fasilitator.

Read More ..

SALAM MAULIDUR RASUL 1431





Read More ..

01 January 2010

BAHASA ARAB TAHUN 1 ,3 dan 4 - 2010

UNTUK MENDAPATKAN RANCANGAN TAHUNAN BAHASA ARAB BAGI TAHUN 1,3 DAN 4. SILA KLIK DISINI. SIAP DENGAN TARIKH BAGI TAHUN 2010


RPT BAHASA ARAB TAHUN 3, 2010


Read More ..