16 May 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU.

Adakalanya.... kita dicaci, kita dimusuhi, kita dimarahi, kita tidak dihargai....
Tapi...kita kan tetap tersenyum... walaupun dalam pilu... kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun terkadang hati tercalar dan maruah tercabar...

Read More ..

14 May 2010

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Read More ..

11 May 2010

WANITA DAN PERINGATAN

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bus ni dah mampus agaknya."

Perkataan 'mampus' itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.

Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).

Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi? Wa iya zubillah.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).'

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.

Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

a. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

b. Memberi salam.

c. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW.

Read More ..

06 May 2010

SEMOGA BERTEMU KEMBALI...

PUAN ZAINI BINTI MAT NOR, itulah nama Guru Besar SKSK selama 7 tahun sehinggalah hari terakhirnya di SKSK pada hari ini (6 May 2010 ).
Beliau akan bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Kemaman setelah beliau pulang dari Australia nanti. Banyak kenangan pahit manis selama 7 tahun beliau berada di SKSK...

Read More ..

04 May 2010

PERMATA PINTAR

Kepada semua students sk seri kemaman tahun 2 hingga tahun 6 yang ada komputer dan internet kat umah, sila layari laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my. sila daftar no surat beranak dan isi semua maklumat diri dan ibu bapa dan juga sekolah...berikut maklumat sekolah:

NAMA SEKOLAH : SK SERI KEMAMAN
ALAMAT SEKOLAH : SK SERI KEMAMAN, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU
KOD SEKOLAH : TBA 2041

harap maklumkan kepada ibu bapa anda...sekian..harap maklum..

Read More ..

AKTIVITI TERDEKAT

6,7 & 8 Mei 2010 - KEM MOTIVASI ANGGUN BESTARI 2010

15 Mei 2010 - GOTONG ROYONG

16 Mei 2010 - SAMBUTAN HARI GURU 2010

23 Mei 2010 - PEPERIKSAAN OTI 2

Read More ..

03 May 2010

ADAB MENDENGAR AZAN

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :
'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan -
Banyak fadhilatnya.

Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut
menghampiri kami..Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Read More ..

MAGIC...?


ISNIN , 3 MAY 2010 - Hari ini SKSK dikunjungi oleh 2 orang yang ingin mempromosikan buku-buku mereka dengan melakonkan semula cerita tersebut di Dewan SKSK. Ianya bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi

Read More ..