31 Julai 2011, Ahad - Majlis Perasmian p€enutup Bulan Membaca telah disempurnakn oleh Tuan Guru Besar SKSK, Tuan Haji Kamarulzaman bin Kadir.
Read More ..31 July 2011
18 July 2011
Maafkan daku...
_ belajarlah untuk memaafkan, berikanlah maaf agar kita juga mudah di maafkan. Terkadang hati juga sukar untuk memaafkan, sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan pula kita manusia yang berlumur noda & dosa.. maafkanlah sesama manusia, agar mudah bicara kita di Mahkamah-Nya kelak. Allah Maha Pemaaf, & sukakan hambaNya yg suka memaafkan..
“Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pema’af lagi Maha Pengampun” (al-Hajj:60) _
“orang yang tidak memaafkan akan sentiasa di ikat dengan orang yang tidak dimaafkannya. Maafkanlah, nescaya kamu akan terlepas. Kamu akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. Itu malah menyakitkan. Belajarlah memaafkan. Kamu akan sihat, kamu tidak akan di ikat”
Mengapa terlalu sukar memaafkan?? Kerana ego??? Rasa besar diri??.. ya, kerana rasa besar diri, tapi tidak merasakan kebesaran Allah. Bedanya dengan orang yang selalu merasakan kebesaran Allah, pasti akan merasakan dirinya kerdil.
Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan lagi kita manusia yang lemah, hidup penuh noda dan dosa. Dosa demi dosa hamba-Nya, di ampunkan segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah turut menyayangi pendosa yang bertaubat daripada dosanya.
Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).
dalam sebuah hadis kudsi,
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Cuba bayangkan kasih sayang Allah. Kalau seseorang itu berdosa, kemudian dia bertaubat, kemudian berdosa lagi, bertaubat lagi, namun Allah masih sudi dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Kata Imam Ghazali : “seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sesekali berputus asa untuk bertaubat lagi. Mana tahu, Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!”